Kebaikan...

Tiba2 ati ak terpanggil dan tergerak untuk menulis blog pd saat2 insan yg bernama mnusia sedang nyenyak dibuai diulik mimpi2 yg indah...Mgkin ak dlm keadaan boring dan sdg memikirkan perkara yg bukan2..Bukan jenis ak untuk mmkirkn bnda yg bukan2 ini..tetapi..perasaan sedikit kecewa membuat ak tidak senang duduk di kerusi mahupun baring di atas ktil..Mata yg terkebil2 ini tidak dpt tido..Hujan di luar da pn reda..Namun ati ak ini msih tidak terteram memikirkan sesuatu..Haih..Adkh ujan yg lebat ini merisaukn ak?? atau bnjir yg akn datang nanti..Tidak2...Xdpt ak gambarkn perasaan ak sekarang ini..Aku cuba untuk tenangkn diri seketika..Cuba melupakan pemikiran yg bukan2 itu td..kemudian ati ak ini kembali reda apbila ak terbaca komen yg berpantun..


JIKA KEJAHATAN DIBALAS DENGAN KEJAHATAN
ITU ADALAH DENDAM

JIKA KEBAIKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN
ITU PERKARA BIASA

JIKA KEBAIKAN DIBALAS DENGAN KEJAHATAN
ITU ADALAH ZALIM

JIKA KEJAHATAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN
ITU ADALAH PERKARA MULIA DAN TERPUJI


Sejuk ati ak pabila jika kejahatan dan sewaktu dengannye dibalas dengan kebaikan..itu adalah perkara mulia dan terpuji...Ak brharap ak berada di dlm golongan tersebut..AMIN....

Cinta & Wanita..



CINTA

Cinta sesuatu yang abstract dan terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana cinta lahir hati ke hati. Cinta yang tidak lahir daripada hati bukan cinta yang setulus hati. Cinta juga harus ada yang sudi memberi dan menerimanya dan pastinya cinta itu terlalu indah jika mengikut landasan yang ditetapkan. Sememangnya cinta antara seorang lelaki berbeza dengan cinta seorang wanita. Lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan cinta ini. Lelaki sangat sukar untuk meluahkan perasaaanya bagi menyatakan rasa cintanya.

Berbeza dengan kaum hawa, mereka pada mulanya akan berasa segan untuk meluahkan perasaanya buat pertama kali tetapi selepas itu mereka sering menguncapkan kata-kata cinta mereka kepada insan yang disayangi.


WAHAI WANITA...HATI SEORANG KEKASIH LELAKI

Wahai wanita..Apabila seseorang lelaki itu jatuh cinta, dia akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa..

Wahai wanita..Ditidakkah kamu tau bahawa dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap..Dia tidak kesah asalkan dapat menceriakan hati kekasihnya..

Wahai wanita..Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya. Walaupun nasihat itu adalah benda yang kecil sahaja..

Wahai wanita..Dia sentiasa takut akan kehilangan kekasihnya..

Wahai wanita..Dia sentisa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga..

Wahai wanita..Lelaki ini akan mudah berasa cemburu dan sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya..

Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain..

Wahai wanita..Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya dan mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya..

Wahai wanita..Dia akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar..

Wahai wanita..Kalau Dia ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya.

Wahai wanita..Dia tidak akan berlaku curang pada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya..

Wahai wanita..Ingatlah..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan bergelar WANITA